Want your
own Fotopage?










 
asufa's FotoPage
Memories ..Through the days and nights
By: asue fa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Sep-2008 06:01 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri

HEHEHE


waw!!, masuk dah...xde org nak upload gambar ramai2 yg ada gambar kami ker....hehe tiap2 tahun harapkan org lain tlg antar jer...harap sminggu nak raya kuar lah tu kot(org lain yg hantarkan) gambar raya thn lps kat Taman botani Thu 18-Sep-2008 15:33
Posted by:zalani  - [Link]
Eid Mubarak buat kak suzie sekeluarga especially Aufa.. kehkehkeh Sat 27-Sep-2008 15:34
Posted by:faisal korea
Add comment


Friday, 12-Sep-2008 11:42 Email | Share | | Bookmark
Riadah di Botanic Garden




AUFA n KicK ScooTeR in ACtiON...( first time..tu yg cam takut2 tu hehe )





PAPA N MAMA PUN NAK MERASA GAK HEHE...

OPERASI RABBIT

KONON-KONON NAK TANGKAP LE HEHE..RABBIT TU LAGI TERRORR..LESSAPP!!!


cute tul gambos nih...mak bapak tu leh thn sibuk gak nk naik mende tuh Tue 30-Sep-2008 14:34
Posted by:khairil
Add comment


Sunday, 24-Aug-2008 22:29 Email | Share | | Bookmark
Ops Opera House !!





nak naik kapal ni???......................................................................................kena la beli tiketnya dulu ye



dah ada tiket ye?? ......................................................................................... ok !! jom kita belayarrr !!..



yeyyey!! kapal dah belayar...

POSING TIME !!!!














Oklah dah penat dah tahan sejuk atas kapal..so masa untuk turun...


Hmm tak puas lagi ni hehe..Oklah kita ikut jalan darat plak kay











hmm hari pun dah nak malam..nampaknya kami dah kena balik ke Wollongong..
byebye Opera House...see yaa...




salam to aswan & co..
amboi..syok la dapat chance naik kapal ..brp harga tiket..mahai tak kat sana???
jalan sakan la hang kat san..bila lg kan.. .peluang ni bkn dapt slalu...

wei..cantik gambaq yg hang ambik..
Mon 8-Sep-2008 06:43
Posted by:Ita @ mamaDina ita_0910@yahoo.com.my  - [Link]
wah... syoknya jalan..... yuran school aufa dh ready ke? Thu 11-Sep-2008 00:52
Posted by:faie  - [Link]
hehe...bab yuran ni yg bikin runsing ni...runsing2 kita gi makan angin dulu..amik idea bank mana nak rompak ni hehehe Thu 11-Sep-2008 04:05
Posted by:asufa  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 24-Aug-2008 22:28 Email | Share | | Bookmark
Ops Habour Bridge !!
















Care to comment?


Sunday, 24-Aug-2008 21:17 Email | Share | | Bookmark
Sdyney view













fish & chips tu berminyak laaaa....jgn lupa bakar balik lemak tu suzi Thu 4-Sep-2008 14:30
Posted by:zalani  - [Link]
yam yam...pose pose...sabor sabor...kat mana ada bazar ramadhan ni ye? dapat beli masak lemak siput sedut ke.murtabak ke..air tebu ke cincau ke hehehe Sat 6-Sep-2008 00:51
Posted by:asufa
Add comment


Saturday, 23-Aug-2008 21:42 Email | Share | | Bookmark
Car Show















BIKE SHOW






Wow, auto show kat sydney ker...ruginyeee aku tak leh pegi ...

cool laa bike2 tu...super low rider lah katakan...kena simpan misai sampai ke dagulah dlu, macam pintu gol, rambut panjang jeans koyak rabak, singlet hitam. baru buleh naik..fuhhh....
Thu 4-Sep-2008 14:21
Posted by:zalani  - [Link]
auto show tu kat unnanderra je..dekat ngan figtree je..kami gi masa 23 Ogos hari tu ngan Kamal n family..

tak dapat naik dapat sentuh tgk amik gambar pun jadi lah kan hehe..

anyway thanks 4 ur comment
Sat 6-Sep-2008 00:55
Posted by:asufa
Add comment


Saturday, 23-Aug-2008 20:13 Email | Share | | Bookmark
Satria GTi in Aussie??






Care to comment?


Wednesday, 20-Aug-2008 03:37 Email | Share | | Bookmark
Keratan Berita Harian

Panorama takjub Blue Mountains



PEMANDANGAN indah di Skyway Katoomba.



Kawasan pergunungan simpan khazanah alam semula jadi serta pelbagai flora dan fauna

BLUE MOUNTAINS adalah satu daripada tempat paling menarik di Australia. Terletak pada jarak 104 kilometer di Barat Sydney, pergunungan itu adalah sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan dan panorama eksotik lagi mengagumkan. Ia juga dikenali sebagai Australia's Grand Canyon dengan bentuk rupa buminya dikatakan mirip Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat.

Kawasan ini berada dalam lingkungan Taman Negara seluas kira-kira 200,000 hektar yang berpusat di Katoomba. Lokasinya menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat dari dekat bentuk rupa bumi kawasan terbabit terutama Grand Canyon. Perjalanan ke Blue Mountains dengan bas dari Sydney mengambil masa kira-kira dua jam.



Di kawasan Blue Mountains juga terletak tiga gunung yang dikenali sebagai Three Sisters atau tiga beradik perempuan yang menjadi ditukar menjadi batu.

Mengikut cerita, disebabkan terikat dengan adat dan peraturan nenek moyang, seorang ahli sihir menukarkan tiga anak perempuannya yang cantik menjadi batu. Tiga beradik dikenali sebagai Meenhi, Weemala dan Gunnedoo dari suku Katoomba yang tinggal di Lembah Jamieson dikatakan mempunyai hubungan dengan tiga wira gergasi dari suku Napean.

Berdasarkan asal keturunan, mereka tidak dibenarkan berkahwin mengikut undang-undang masyarakatnya. Namun begitu, jejaka terbabit tidak mempedulikan undang-undang berkenaan dan ingin memperisterikan perawan tiga beradik itu secara paksa.


TIGA gunung di kawasan Blue Mountains dikatakan mitos mengenai tiga beradik perempuan yang ditukar menjadi batu.


Hasrat mereka ditentang oleh kumpulan yang ingin mempertahankan adat resam dan undang-undang berkenaan hingga terjadi peperangan yang hebat.

Bagi menjaga keselamatan ketiga-tiga perawan itu daripada peperangan, bapa mereka yang juga ahli sihir menukar tiga gadis terbabit kepada batu. Apabila peperangan tamat mereka akan ditukarkan semula kepada bentuk asal. Hasrat itu tidak kesampaian apabila ahli sihir berkenaan terkorban dalam peperangan. Sebab itulah sehingga kini tidak ada siapa yang boleh menukarkan semula ketiga-tiga beradik itu kepada bentuk asalnya.

Akhirnya tiga adik beradik yang amat cantik paras rupa mereka kekal menjadi batu berbentuk tiga gunung yang terletak bersebelahan antara satu sama lain buat selama-lamanya, di kawasan Blue Mountains.

Dari versi pengkaji dan penganalisis geografi fizikal dan ahli geologi pula menjelaskan muka bumi tiga gunung itu terbentuk kerana berikutan luluhawa yang memakan masa sejak ratusan ribu tahun lamanya.


LOKASI Blue Mountains

Walau melalui proses apapun, mitos mahupun lulu hawa, keindahan, keeksotikan dan keunikan Blue Mountains dan Three Sisters cukup mengasyikkan dan mengagumkan. Ia menjadi antara pusat tumpuan pelancong berteraskan eko-pelancongan yang tersohor di bumi kangaru itu.

Pada 2000 lalu, taman negara ini diletakkan di dalam senarai Kawasan Warisan Dunia (World Heritage Area).

Pengunjung boleh meneroka dengan merentasi dan menghayati ketakjuban fenomena ciptaan Maha Pencipta ini dengan menaiki skyway. Pengunjung juga boleh menyusuri celah dan ruang di dasar atau lantai Blue Mountains dengan menaiki railway' yang disediakan. Suatu pengalaman yang sukar dijelaskan dengan perkataan.

Satu lagi khazanah alam yang menjadi tumpuan pengunjung di sini ialah Gua Jenolan. Ia adalah sebuah gua batu kapur yang amat menarik. Pengunjung berpeluang menerobos ke dalam gua dan merasai fenomena alam semula jadi yang sungguh mengasyikkan.

Untuk menyertai ekspedisi ini, pengunjung perlu tangkas dan cergas. Kasut dan topi khas akan disediakan. Kawasan taman negara ini sebenarnya banyak menyimpan khazanah alam semula jadinya termasuk air terjun, lembah, cerunan, batu-batan berjeriji, hutan hujan dan pelbagai flora dan fauna.

INFO: Blue Mountains

*Kawasan hutan sepanjang 40 kilometer di pergunungan ini terbakar selama 16 hari, antara 26 Disember 2001 hingga 10 Januari 2002.


*Pekan Leura dan Katoomba menjual pelbagai bahan makanan dan minuman untuk bekalan di kawasan pergunungan.


*Pelancong Jepun adalah yang paling ramai berkunjung ke kawasan pergunungan berkenaan, malah ramai yang menginap di hotel serta pusat penginapan yang ada di pekan Katoomba dan Leura.


*Kebanyakan pemandu pelancong warga Australia yang membawa pelawat ke situ boleh berbahasa Jepun, bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelancong dari negara matahari terbit itu.


*Harga rumah di Blue Mountains jauh lebih murah iaitu $150,000 dolar Australia berbanding S460,00 dolar Australia di Sydney, walaupun jaraknya cuma satu setengah jam perjalanan melalui jalan darat.

patut la si wan ajak g blue mountain... Thu 21-Aug-2008 02:13
Posted by:faie ce_faizah@yahoo.com  - [Link]
Gambar2 Qaisarah Mon 25-Aug-2008 03:25
Posted by:Huda  - [Link]
Kami telah berpindah ke alansuz.blogspot.com. Sila updet link anda yek hehehe…TQ Sun 31-Aug-2008 06:24
Posted by:Suzana suzanaz19@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 19-Aug-2008 06:31 Email | Share | | Bookmark
Suzie

Where am i?

hehe ade pun kat sini...

wow..betul2 wide ni..very nice picture and editing

pakej fotografi perkahwinan
kualiti profesional pada harga yang anda takkan percaya!

http://fotokasih.fotopages.com
http://fotokasih.blogspot.com
Tue 19-Aug-2008 17:38
Posted by:fotokasih
ada gak terselit si kerol dlm pic tu.. Thu 21-Aug-2008 02:15
Posted by:faie  - [Link]
Add comment


Monday, 18-Aug-2008 23:45 Email | Share | | Bookmark
Mr Syazwan





Hehe, pandai aufa posing. Better quality now. rasanya lah. gambar besar pun blh masuk. tahniah Tue 19-Aug-2008 05:52
Posted by:Zalani  - [Link]
Hehe, pandai aufa posing. Better quality now. rasanya lah. gambar besar pun blh masuk. tahniah Tue 19-Aug-2008 05:55
Posted by:Zalani  - [Link]
hehe..dah tahu camna nak wat ni lagi la semangat nak snap pic lagi kan ...Tq again papa Omar hehe...
Tue 19-Aug-2008 06:54
Posted by:asufa
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.